our event 2023

November 8, 2023

DANA ESUKAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN

Dana esukan KBS sebagai salah satu usaha bagi memangkin perkembangan sukan elektronik tempatan, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatif Esports Integrated telah mewujudkan satu peruntukan khusus bagi komuniti dan industri sukan elektronik iaitu Dana Esukan Kementerian Belia dan Sukan. Dana ini akan membantu lebih banyak pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang ingin menganjurkan pertandingan, program, dan acara esukan elektronik mereka sendiri.
July 31, 2023

KEMBARA RIUH

Kembara Riuh yang akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu & Ahad di Fraser Valley , Kuala Kubu Bharu. Antara aktiviti yang ada di booth adalah freeplay Playstation 5, kenali Esports Integrated dan Kempen Kesedaran Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG)
July 31, 2023

MADANI AFIAT

Pada 16 Julai 2023, telah berlangsungnya Kejohanan Mini Esukan Tekken 7 antara Sekolah-Sekolah di daerah Kuala Muda,Kedah di booth ESI sempena Program Madani Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan. Terima kasih kerana memeriahkan booth ESI dan tahniah kepada para pemenang.
July 28, 2023

NESDEG – NATIONAL ESPORTS DEVELOPMENT GUIDELINES

NESDEG adalah panduan kepada semua penggiat dan peminat esukan tempatan untuk memastikan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan bertanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri. NESDEG juga menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik. Terdapat 6 teras utama di bawah NESDEG yang meliputi pelbagai skop yang penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan, iaitu: 1. Pengurusan Kontrak Pemain 2. Tadbir Urus Penganjuran Acara 3. Memantau dan Melindungi KanakKanak 4. Tatakelakuan dan Etika 5. Panduan Laluan Kerjaya 6. Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik
July 28, 2023

#SAMASAMAMENANG

#SamaSamaMenang adalah salah satu inisiatif dari KBS Malaysia dengan kerjasama Esports Integrated, TikTokMalaysia , Tencentgames , AODMalaysia dan Esports Selangor. Konsep ini digalakkan oleh PBB di mana sukan digunakan sebagai alat yang dapat menyatukan dan menggalakkan keamanan dan pembangunan di Malaysia. Melalui program ini, individu akan dapat belajar untuk bekerjasama dan menghargai antara satu sama lain, serta mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, yang penting untuk pembangunan sosial dan ekonomi yang sejahtera.
CONTACT US