DANA ESUKAN KBS

APA ITU DANA ESUKAN KBS 2025?


Dana esukan KBS 2025 ialah inisiatif geran oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk memperkasakan belia dan membangunkan ekosistem esukan Malaysia. Program ini bertujuan membiayai lebih 75 projek, melibatkan 22,000 belia di seluruh negara, dengan tumpuan kepada keterangkuman, pembangunan kemahiran, dan penglibatan digital, terutamanya di komuniti kurang berkemampuan dan luar bandar.

Selari dengan Garis Panduan Pembangunan esukan Kebangsaan (NESDEG), yang dilancarkan oleh KBS pada 2023, Dana esukan menyokong projek yang mematuhi rangka kerja NESDEG untuk industri esukan yang selamat, inklusif, dan mampan. Enam bidang teras NESDEG iaitu pengurusan kontrak pemain, penerapan tadbir urus dalam penganjuran acara, pemantauan dan perlindungan kanak-kanak, panduan kewangan esukan, panduan laluan kerjaya dan penganjuran di sekolah, dan aplikasi sains dan perubatan sukan dalam esukan yang dirancang memastikan perlakuan adil, acara profesional, keselamatan belia, dan pembangunan kemahiran. Semua projek yang dibiayai mesti mematuhi standard NESDEG untuk mempromosikan amalan beretika, kepelbagaian, dan impak jangka panjang. Untuk maklumat lanjut, layari https://nesdeg.my/

OBJEKTIF DANA ESUKAN KBS 2025


Dana esukan KBS 2025 bertujuan membina ekosistem esukan yang dinamik dan inklusif di Malaysia dengan menyokong projek akar umbi dan memperkasakan belia melalui pembiayaan strategik.

Objektif program ini adalah:

  • Menyediakan pembiayaan yang mudah diakses dan inklusif untuk pelbagai projek esukan, memastikan belia dari semua wilayah, latar belakang, dan tahap sosio ekonomi dapat mengambil bahagian dan mendapat manfaat.
  • Meningkatkan penyertaan dalam esukan dengan melibatkan lebih 22,000 peserta belia dan mewujudkan saluran untuk bakat akar umbi beralih menjadi pemain profesional, penganjur, dan pencipta kandungan.
  • Meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja esukan Malaysia melalui bengkel khusus, program latihan, dan peluang bimbingan untuk pemain, jurulatih, dan pemegang taruh industri.
  • Memperluaskan akses kepada esukan di kawasan kurang berkemampuan dan luar bandar dengan membiayai projek yang menghubungkan komuniti ini kepada rangkaian esukan Malaysia yang lebih besar.
  • Menggalakkan penghasilan kandungan digital berkualiti tinggi, teknologi esukan, dan penyelidikan strategik, menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital Malaysia.
  • Mewujudkan ekosistem esukan yang mesra dan menyediakan peluang sama rata untuk individu tanpa mengira jantina, geografi, atau latar belakang sosioekonomi, memastikan penyertaan meluas dan impak komuniti.

1. Permohonan dibuka (4 Jun – 31 Julai 2025):

Borang penyertaan secara atas talian untuk permohonan.

2. Pemilihan dan Makluman Terpilih (Ogos 2025):

Projek terpilih akan diumumkan selepas proses pemilihan selesai.

3. Dana & Permulaan Projek (Ogos 2025):

  • Sesi orientasi untuk penyelarasan objektif.
  • Tanda tangan kontrak Dana
  • Penyaluran 50% dana awal.

4. Pelaksanaan Projek, Pemantauan & Semakan Pencapaian (September – November 2025):

  • Sesi pemeriksaan bulanan secara maya.
  • Semakan pencapaian
  • Lawatan ketika aktiviti dijalankan.

5. Penutupan Projek & Laporan Akhir (Disember 2025):

  • Penyerahan laporan akhir.
  • Perincian hasil dan penunjuk prestasi utama (KPI)

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN


Pemohon

  • Penganjur acara esukan
  • Pencipta Kandungan & Penstriman esukan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Organisasi esukan belia
  • Institusi Pendidikan

Had Umur

18 tahun ke atas.


Warganegara

Rakyat Malaysia.

Status Kewangan

Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.


Akaun Bank

Mesti mempunyai akaun bank entiti/organisasi yang berdaftar (tiada akaun individu).

Permohonan dengan kriteria berikut akan diberi keutamaan:

Promosi keterangkuman dalam esukan, termasuk inisiatif yang menyokong:

  • Wanita dalam esukan (pemain, pasukan, penganjur, dan pencipta kandungan).
  • Orang Kurang Upaya (OKU) dalam penyertaan esukan, kejurulatihan, dan aksesibiliti acara.
  • Komuniti yang kurang bernasib baik dan terpinggir, dengan peluang sama rata untuk pembangunan esukan
  • Belia dari kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang esukan bandar-luar bandar.

Mewujudkan persekitaran esukan yang selamat, positif, dan etika, termasuk:

  • Inisiatif kesedaran anti-buli, anti-gangguan, dan kesihatan mental.
  • Program yang menggalakkan kesukanan, integriti, dan permainan adil.

Mencipta program esukan yang mampan untuk memastikan impak komuniti jangka panjang.

Menggalakkan kepelbagaian dalam kepimpinan esukan, dengan peluang untuk kumpulan yang kurang diwakili.

Selaras dengan strategi pertumbuhan esukan KBS dan NESDEG.

KRITERIA KELAYAKAN


Kategori 1: Penganjur acara esukan
  • Mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Acara mestilah selaras dengan garis panduan NESDEG dan diiktiraf oleh KBS atau badan berkaitan yang relevan.
  • Perlu mengemukakan kertas cadangan terperinci bagi acara, bengkel dan lain-lain.
  • Tidak pernah menerima pembiayaan daripada KBS untuk acara yang sama dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
  • Perlu menyediakan akaun bank entiti yang berdaftar dan sah.
Kategori 2: Pencipta kandungan esukan & Penstriman
  • Mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 pengikut/pelanggan di platform yang diiktiraf (YouTube, TikTok, Twitch, Facebook dan lain-lain)
  • Kandungan mestilah selaras dengan nilai positif esukan (tiada unsur perjudian, kandungan berbahaya atau tingkah laku tidak beretika)
  • Acara mestilah selaras dengan garis panduan NESDEG dan diiktiraf oleh KBS atau badan berkaitan yang relevan
  • Perlu mengemukakan cadangan pembangunan kandungan yang memperincikan penggunaan dana dan impak yang dijangka kepada komuniti
  • Mesti berdaftar dengan SSM atau ROS/ROY, atau memohon melalui entiti rakan berdaftar
  • Perlu menyediakan akaun bank syarikat
Kategori 3: Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Organisasi esukan belia
  • Mesti berdaftar secara sah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), atau Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS)
  • Organisasi mestilah aktif menyokong pembangunan esukan peringkat akar umbi
  • Perlu mengemukakan cadangan program yang terperinci (contohnya latihan, bengkel, program jangkauan komuniti, infrastruktur e-sukan)
  • Perlu menunjukkan inisiatif berkaitan esukan atau penglibatan komuniti yang pernah dijalankan sebelum ini
  • Perlu menyediakan akaun bank Persatuan/Organisasi atas nama yang berdaftar
  • Acara mestilah selaras dengan garis panduan NESDEG dan diiktiraf oleh KBS atau badan berkaitan yang relevan
Kategori 4: Institusi Pendidikan
  • Mesti berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sekolah dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi institusi pengajian tinggi
  • Permohonan mesti daripada kelab, pendidik, atau badan pelajar yang diiktiraf serta mendapat pengesahan daripada pihak institusi
  • Perlu mengemukakan cadangan program pembangunan esukan pelajar, acara atau pertandingan
  • Mesti menggunakan akaun bank sekolah/institusi (akaun peribadi tidak dibenarkan)
  • Program mestilah inklusif dan tidak bersifat komersial
  • Acara mestilah selaras dengan garis panduan NESDEG dan diiktiraf oleh KBS atau badan berkaitan yang relevan

JENIS PROJEK YANG DIBIAYAI

Kejohanan esukan kompetitif dan acara penglibatan awam yang:

  • Menyediakan platform untuk pemain amatur dan separa profesional.
  • Memupuk budaya dan komuniti esukan melalui aktiviti seperti festival, pameran, dan pesta tontonan.
  • Menggalakkan penyertaan dan keterlibatan awam.

Sub-kategori / Aktiviti Yang Layak:

  • Kejohanan esukan
  • Pesta Tontonan
  • Festival & Pameran esukan

Sasaran (KPI) setiap projek

  • 350 peserta bagi setiap acara
  • 32,000 tontonan bagi setiap acara

Permohonan dana sehingga RM19,500.00

Bengkel, sesi latihan, dan program bimbingan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya dalam industri esukan, iaitu:

  • Pengurusan Acara
  • Penciptaan Kandungan
  • Pengacaraan (Shoutcasting)

Sub-kategori / Aktiviti Yang Layak:

  • Latihan untuk pengadil esukan, pencipta kandungan, dan profesional industri.
  • Bengkel pembangunan kemahiran.
  • Program persediaan pekerjaan dan bimbingan.

Sasaran (KPI) setiap projek

  • 500 peserta setiap acara

Permohonan dana sehingga RM15,500.00

Sokongan untuk penghasilan dan penyebaran kandungan digital berkaitan esukan. Ini termasuk penstriman langsung, video pendidikan, dan dokumentari permainan.

Matlamatnya adalah untuk:

  • Mempromosikan cerita dan bakat esukan Malaysia.
  • Meningkatkan penglibatan dan kesedaran.
  • Meningkatkan keterlihatan kandungan esukan tempatan di platform digital.

Sub-kategori / Aktiviti Yang Layak:

  • Siri video digital, siri web, dan kempen media sosial.
  • Podcast dan perbincangan penstriman langsung (contohnya: kerjaya esukan, advokasi industri).

Sasaran (KPI) setiap projek

  • 44,000 tontonan setiap acara

Permohonan dana sehingga RM14,000.00

KATEGORI YANG TIDAK DISOKONG

Jenis-jenis projek berikut tidak layak menerima pembiayaan kerana tidak selaras dengan objektif pembangunan sukan elektronik yang mampan dan inklusif:

Kategori 1: Penajaan Pemain Individu
  • Memberikan manfaat kepada individu sahaja, tanpa impak kepada ekosistem yang lebih luas.
  • Tidak mempunyai nilai yang mampan atau manfaat kepada komuniti secara keseluruhan.
Kategori 2: Bootcamp Prestasi Tinggi
  • Menyasarkan pemain elit dan bukannya pembangunan akar umbi.
  • Sudah ditangani melalui inisiatif sedia ada seperti Bootcamp esukan.
Kategori 3: Projek Berfokus Kepada Hadiah Wang Tunai Sahaja
  • Hanya memberi tumpuan kepada ganjaran wang tunai tanpa anjuran program atau aktiviti.
  • Tidak memberikan nilai jangka panjang, pembangunan kemahiran, atau penglibatan yang berterusan.
Kategori 4: Projek Sukan Elektronik Berasaskan Perjudian, Pertaruhan & NFT
  • Menimbulkan risiko etika, peraturan, dan reputasi yang tinggi.
  • Tidak selaras dengan matlamat pembangunan digital atau belia yang bertanggungjawab.
Kategori 5: Pembelian Perkakasan & Perisian Berlebihan
  • Pembiayaan ini tidak merangkumi perbelanjaan bagi penyediaan permainan peribadi atau keperluan individu.
  • Hanya infrastruktur yang dikongsi atau alat berkaitan latihan akan dipertimbangkan.
Kategori 6: Projek Tanpa Impak Pembangunan
  • Tidak mempunyai objektif yang jelas atau sumbangan kepada pembangunan sukan elektronik.
  • Tiada hasil yang boleh diukur atau dimanfaatkan kepada komuniti.
Kategori 7: Penciptaan Kandungan Tanpa Tujuan
  • Projek yang semata-mata memfokuskan kepada penjenamaan peribadi atau peningkatan pengaruh individu tidak layak untuk dibiayai.
  • Cadangan kandungan mesti mempunyai objektif yang jelas (contohnya: pendidikan, kesedaran, penglibatan komuniti).
  • Kandungan hiburan sahaja atau gaya hidup tanpa hasil pembangunan akan dikeluarkan.
Kategori 8: Kejohanan Persendirian atau Bermotifkan Keuntungan
  • Kejohanan yang dicipta semata-mata untuk keuntungan komersial tidak layak.
  • Dana awam dikhaskan untuk inisiatif yang mempromosikan aksesibiliti, keterangkuman, dan pembangunan komuniti.
Kategori 9: Kos Operasi Organisasi Sukan Elektronik
  • Dana tidak meliputi pembayaran gaji , sewa, atau pentadbiran am secara penuh.
  • Maksimum 20% daripada jumlah dana dan wajib dinyatakan secara jelas.
Gunakan template yang disediakan, termasuk:
  • Perincian bajet.
  • Petunjuk prestasi utama (KPI) dan pelan impak.
  • Butiran entiti berdaftar.
  • Pasukan: Minimum 5 ahli.
  • Penyerahan: Lengkapkan saringan kelayakan dan hantar dokumen secara atas talian.
Nota: Proposal mesti selaras dengan objektif NESDEG / KBS, menunjukkan impak yang boleh diukur, serta inklusif dan beretika.
CONTACT US