DANA ESUKAN KBS 2024



Sebagai salah satu usaha memangkin pembangunan ekosistem esukan tempatan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah memperkenalkan satu peruntukan khusus untuk komuniti dan industri esukan iaitu Dana Esukan KBS.
Dana ini bertujuan memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan untuk menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara.
Pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara esukan dipelawa untuk memohon dana ini.

Berikut adalah beberapa skop permohonan yang boleh dipohon:

UMUM
1. Penganjuran pertandingan/ liga/ kejohanan;
2. Program pembinaan kapasiti seperti bengkel, latihan, forum, atau persidangan;
3. Pameran dan festival esukan;
4. Penyiaran kandungan esukan (untuk menyuntik Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020-2025 dan Garis Panduan Pembangunan Esukan Kebangsaan (NESDEG) ke dalam siaran tersebut);
5. Hadiah tunai/barangan untuk pertandingan yang dianjurkan oleh penganjur;
6. Acara/Program tidak bersaing dengan permohonan lain daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).

UNIVERSITI
1. Penganjuran pertandingan/ liga/ kejohanan;
2. Program pembinaan kapasiti seperti bengkel, latihan, forum, atau persidangan;
3. Pameran dan festival esukan;
4. Penyiaran kandungan esukan (untuk menyuntik Pelan Strategik Pembangunan Esukan KBS 2020-2025 dan Garis Panduan Pembangunan Esukan Kebangsaan (NESDEG) ke dalam siaran tersebut);
5. Hadiah tunai/barangan untuk pertandingan yang dianjurkan oleh penganjur;
6. Acara/Program tidak bersaing dengan permohonan lain daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).


Syarat-syarat permohonan:

UMUM
1. Syarikat/organisasi didaftarkan di bawah SSM, PJS, ROY atau ROS;
2. Permohonan memerlukan lampiran dek program/acara yang harus mengandungi butiran program/acara;
3. Penonton dan peserta acara terbuka kepada orang awam (tidak terhad kepada pelajar atau pemain profesional sahaja). Program/acara harus menyertakan penempatan logo/jenama ESI, KBS, Rakan Muda dan Rakan Digital dengan tujuan untuk mempromosikan;
4. Keputusan terhadap permohonan dan jumlah dana adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana Esukan (JK) yang diwakili oleh ESI, Majlis Sukan Negara (MSN), dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN);
5. Semua keputusan dan kelulusan permohonan akan diberitahu dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan (13 -14 September 2024);
6. Semua program yang dipohon berdasarkan skop permohonan mesti dianjurkan sebelum 30 November 2024, Sabtu;
7. Peruntukan maksimum yang dipertimbangkan untuk setiap permohonan adalah sehingga RM30,000.00.

UNIVERSITI
1. Kelab esukan/universiti didaftarkan di bawah universiti, ini tidak boleh menjadi usaha sama dengan universiti lain;
2. Permohonan memerlukan lampiran dek program/acara yang harus mengandungi butiran program/acara;
3. Kelab atau penganjur acara mesti melampirkan surat sokongan daripada pentadbiran universiti; Penonton dan peserta program/acara adalah hanya untuk pelajar universiti;
4. Program/acara harus menyertakan penempatan logo/jenama ESI, KBS, Rakan Muda dan Rakan Digital dengan tujuan untuk mempromosikan;
5. Keputusan terhadap permohonan dan jumlah dana adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Dana Esukan (JK) yang diwakili oleh ESI, Majlis Sukan Negara (MSN), dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN);
6. Semua keputusan dan kelulusan permohonan akan diberitahu dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan (13-14 September 2024);
7. Semua program yang dipohon berdasarkan skop permohonan mesti dianjurkan sebelum 30 November 2024, Sabtu;
8. Peruntukan maksimum yang dipertimbangkan untuk setiap permohonan adalah sehingga RM15,000.00.


Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan untuk Dana Esukan KBS adalah sebanyak RM1,000,000.
Permohonan Dana Esukan KBS dibuka sekarang sehingga 27 Ogos 2024.
Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke hey@esportsintegrated.com atau hubungi 03-8064 4488 / 011-5429 5372.

CONTACT US