DANA ESUKAN KBS



Sebagai salah satu usaha memangkin pembangunan ekosistem esukan tempatan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah memperkenalkan satu peruntukan khusus untuk komuniti dan industri esukan iaitu Dana Esukan KBS.
Dana ini bertujuan memberi galakan kepada penggiat industri esukan tempatan untuk menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara esukan serta merancakkan ekosistem esukan negara.
Pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara esukan dipelawa untuk memohon dana ini.

Berikut adalah beberapa skop permohonan yang boleh dipohon:
1. Pengelolaan pertandingan atau liga yang tidak bersaing dengan permohonan dana KBS yang lain seperti Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK);
2. Persediaan atlet untuk menyertai pertandingan esukan selain sukan temasya dan sukan tempatan yang dianjurkan oleh pihak kementerian atau agensi kerajaan;
3. Program pembangunan kapasiti seperti bengkel, latihan, forum atau persidangan;
4. Pameran dan pesta esukan;
5. Penyiaran kandungan esukan (berkaitan dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 dan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG);
6. Hadiah untuk pertandingan yang dijalankan oleh penganjur;
7. Pembiayaan visa.

Syarat-syarat permohonan:
1. Syarikat/organisasi yang berdaftar di bawah SSM, PJS, ROY atau ROS;
2. Peringkat penganjuran acara dan kumpulan sasaran program seperti akar umbi, belia, peringkat universiti, umum, profesional dan lain-lain;
3. Keputusan permohonan dan jumlah dana yang diluluskan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penilaian Peruntukan Dana Esukan KBS (JK) yang diwakili oleh ESI, Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN);
4. Keputusan dan kelulusan semua permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh masa 14 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan (30 November 2023);
5. Semua program yang dipohon berdasarkan skop permohonan perlulah dianjurkan sebelum 31 Januari 2024;
6. Jumlah peruntukan maksimum yang dipertimbangkan untuk setiap permohonan adalah sehingga RM25,000 sahaja.

Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan untuk Dana Esukan KBS adalah sebanyak RM250,000.
Permohonan Dana Esukan KBS dibuka sekarang dan boleh dibuat dengan mengisi borang online di pautan www.esportsintegrated.com/dana-esukan-kbs sehingga 30 November 2023.
Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke hey@esportsintegrated.com atau hubungi 03-8064 4488 / 011-5429 5372.

CONTACT US